SILA KLIK DI SINI

Tuesday, 26 April 2016

HOMEMADE - Mari membuat IceCream OREO

Makin hari cuaca di negara kita ni semakin panaskan. Kalau makan ice cream masa cuaca panas-panas ni memang pergggghh!! Nyaman nya dari anak tekak turun ke perut. Jadi hari ni cik pena nak berkongsi cara-cara nak membuat Homemade IceCream. Bukan apa kalau buat sendiri lebih murah,dapat jimat banyak kos. Lagi pun terpulang pada kita nak buat banyak mana.. Disebabkan cik pena sangat-sangat sukakan ice cream oreo jadi kita berlajar membuat ice cream oreo ye. Tak sabar dah ni.. Jom kita membaca sambil membuat ice cream Oreo..

image by googl//.,=-


Bahan-bahan untuk membuat Homemade IceCream Oreo
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur (kalau tak mahu letak telur pun boleh)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 susu pekat ( kalau suka manis boleh tambahkan ikut suka hati bahagia korang)
  • 1 sudu besar ovalett (tak tahu apa benda ni,boleh tanya cik google )
  • Satu paket kecil biskut oreo (kalau nak beli yang besar pun tak ada siapa nak marah)

Cara Untuk Menyediakan Homemade IceCream Oreo
  • Campakkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer (kalau tak ada mixer guna blender je).
  • Putar semua bahan anggaran dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).
  • Tuang semua ke dalam bekas yang korang nak buat ice cream.Seeloknya guna bekas yang bertutup,kalau ada bekas ice cream yang lama lebih elok. Mata yang memandang pun cantik je..
  • Kemudian masukkan biskut oreo yang dihancurkan terlebih dahulu (ikut suka nak hancurkan cara kasar atau cara halus). Gaulkan bagi rata biskut oreo bersama dengan bahan yang kita putar/blender tadi.
  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras menjadi ice cream yang menarik dan sedap.
  • Step yang terakhir sekali , makan je lah.. Tunggu apa lagi!

Selamat memcuba kawan-kawan semua.Kalau buat banyak lebih tu boleh la belanja cik pena ye. I LOVE ICE CREAM !!!

Fakta Anak Sulong , Tengah dan Bongsu

Hari ini kita akan berkongsi fakta anak sulong, tengah dan bongsu..


Anak Sulong ( Bos Besar )

image by google


  • Anak sulong sangat tegas dan ini menjadikannya ibarat seorang "Bos Besar".
  • Anak sulong sangat mudah dilihat dan dikenali. (Setiap helai rambut pada tempatnya, pakainnya licin dan rapi, dan kasut mereka bersih dan berkilat.
  • Anda dapat melihat mereka untuk selalu tepat pada waktu, dan kepercayaan diri mereka terlihat jelas dari cara mereka.
  • Mereka dikenali sebagai anak yang cekap, perfeksionis,dan tepat. (cubalah berdebat dengan mereka).
  • Pandai dalam pelajaran, dan teratur rapi.
  • Beberapa anak sulong akan menjadi bos tipe A, yang mempunyai kekuasaan untuk mengatur semuanya.
  • Jika anak sulong dibesarkan oleh ibubapa yang banyak kritik, anak itu mungkin belajar cara untuk diterima, mahu bekerja sama dan tidak menyulitkan.
  • Anak-anak sulong jarang mudah mengalah. Mereka cenderung memilih jalan yang sama dengan pilihan ibubapa mereka.
  • Kebanyakkan anak sulong sangat cermat. Dari sudut apa pun yang memerlukan ketepatan,mereka selalunya amat tepat.
  • Jika anda memerlukan sesuatu untuk diselesaikan, jika anda ingin memulakan usaha, Jika anda mencari seseorang untuk membetulkan kekacauan dalam sesuatu hal, pembantu yang paling baik adalah anak sulong.


Anak Tengah ( Pendamai )

image by google


  • Anak-anak tengah biasanya menyukai kedamaian dengan segala cara apa pun.
  • Anak-anak tengah paling sukar digambarkan, kerana anak-anak tengah dapat menuju banyak arah.
  • Kadang-kadang, anak tengah selalu berfikir dia dapat mengalahkan kakak/abangnya. Akan tetapi kalau si anak tengah beranggapan yang dia tidak mungkin dapat mengalahkan si anak sulong, dan dia biasanya akan menciptakan jalannya sendiri.
  • Anak-anak tengah tidak sebijak anak sulong dalam membuat keputusan. Mereka memiliki nilai keraguan lebih tinggi daripada anak-anak sulong, dan akibatnya mereka kurang berbakat dalam menyelesaikan masalah (walaupun hebat sebagai pendamai).
  • Anak tengah selalunya diberikan gelaran setia. Mereka tidak mudah tersinggung dan mereka adalah pendengar yang baik. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan sangat setia.
  • Anak-anak tengah dapat menjadi pasangan yang hebat dalam sebuah perkahwinan. Bahkan, mereka mewakili yang paling setia dari semua urutan kelahiran.
  • Mereka manis, sopan, santai, dan biasanya jenis orang yang begini sukar digambarkan (mereka tidak suka menonjol , tetapi bersama mereka sangat menyenangkan).
  • Inilah dilema anak tengah (Anak sulong mendapat semua respek. Ia paling tua, paling cerdas, dan paling besar. Si bongsu mendapat kasih sayang. Ia paling lucu, paling kecil, dan memerlukan paling banyak perhatian). Si anak tengah pula tersepit diantaranya.
  • Walaupun anak tengah tidak dapat dikategorikan dengan mudah, secara umum mereka cenderung lebih suka menyimpan rahsia daripada adik beradiknya yang lain.
  • Mereka cenderung untuk memiliki perasaan mudah takut dipersalahkan. Sering dipersalahkan, dan itu menjadikan mereka enggan mengambil risiko yang tidak perlu, dan menganggap orang lain memiliki niat buruk kepada mereka.
  • Mereka mungkin tidak menyenangkan seperti anak bongsu, atau sepintar anak sulong, tapi mereka sangat setia, ingin menyenangkan, dan menerima perbezaan.


Anak Bongsu ( Istimewa )

image by google


  • Anak bongsu membesar dengan perasaan yang luar biasa dan tidak goyah dengan apa pun.
  • Anak bongsu kelihatan istimewa kerana mereka sering dimanja dan dilindungi, bukan saja oleh ayah dan ibu, tetapi juga oleh kakak dan abangnya.
  • Anak bongsu biasanya menjadi tumpuan dan disukai ramai orang, kerana semua orang dalam keluarga lebih tua daripada mereka. Mereka mempunyai kelebihan dalam seni memanipulasi. Mereka dapat membuat Anda terpesona, dan menawan.
  • Sebagai orang yang senang tampil, anak-anak bongsu cenderung mengambil lebih banyak risiko daripada kakak-kakak/abang-abang mereka yang lebih konservatif.
  • Anak bongsu juga selalu ingin membuktikan bahawa orang lain itu salah tentang diri mereka yang dianggap kecil dan manja. Namun dalam kehidupannya, mereka masih tetap senang disayang dan dimanja, dan menjadi pusat perhatian.
  • Dalam pekerjaan, anak-anak bongsu paling sesuai untuk pekerjaan yang berurusan dengan orang ramai. Segelintir anak bongsu dapat menjadi penjual yang hebat.
  • Senang berada diantara orang-orang, anak bongsu seringkali bersifat hebat dalam membina hubungan penuh kasih sayang, tidak rumit, dan secara umum gembira . Mereka menjadi sahabat dan kawan yang menyenangkan.
  • Kelemahan mereka adalah bersikap sedikit egois dan terlalu optimis sampai menjadi kelemahan, yang membuat mereka terlibat dengan banyak kesulitan dan masalah.
  • Walaupun mereka sering diperlakukan secara istimewa oleh ibu bapa mereka,tetapi mereka juga seringkali diingatkan oleh kakak dan abang mereka bahawa mereka adalah si kerdil, dan si lemah.

Ingat ye fakta ni bukan 100% sama dengan perwatakan kita. Ianya hanya menggambarkan keperibadian seseorang. Tidak semua yang berada di kategori yang sama akan memiliki sifat dan keperibadian yang sama. "Lain padang lain belalangnya..Lain orang lain perangainya.."

Friday, 22 April 2016

Musim panas-panas ni binatang pun mencari perlindungan. Begitu juga dengan haiwan yang sangat berbisa ini "ular"..

Musim panas-panas ni binatang pun mencari perlindungan. Begitu juga dengan haiwan yang sangat berbisa ini "ular".. Di musim panas begini ular akan mencari tempat yang sejuk dan lembab untuk berlindung dari kepanasan yang terlampau. Jangan ingat kita je yang terasa dengan suhu yang meningkat ni. Jadi sedikit sebanyak mari kita berkongsi tentang makhluk yang bernama ULAR ini..


sumber google


Cara Mengatasi keadaan jika ular memasuki Rumah

  •  Jangan panik.(mustahil rasanya kalau tak panik) 
  •  Jangan melakukan pergerakan yang tiba-tiba yang boleh menyebabkan ular terkejut.Ular hanya menyerang jika merasa dirinya terancam. 
  •  Cuba kenal pasti ular itu. Apakah itu jenis ular berbisa atau bukan. (sentiasa berwaspada)
  •  Hubungi pihak yang bertanggungjawab yang boleh mengatasi masalah ini.


Apa yang kita harus tahu tentang ular

Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ertinya ia tidak memilih tempat yang tertentu untuk dijadikan tempat tinggal tetap dalam waktu yang lama.. Ia selalu berpindah ke tempat yang banyak makanan. Ini sangat penting. Ular sangat sukakan tempat yang banyak tikus dan katak.
Ular takut akan binatang yang bercakar seperti kucing dan anjing. . Untunglah kalau di rumah kamu ada si kucing atau anjing. Jadi ular tidak akan berani menghampiri kawasan rumah.

Cara menghindari ular dari memasuki rumah

  • Tutup lubang-lubang atau bahagian yang boleh menyebabkan ular mudah memasuki ke dalam rumah.
  • Pastikan rumah bebas dari kehadiran tikus dan katak, kerana kehadiran tikus dan katak di rumah menyebabkan si ular tertarik.
  • Ada yang mengatakankan dengan menaburkan belerang dan garam boleh menjauhi ular dari kediaman kita. Sebenarnya itu tidak benar. Ular tidak takut akan belerang dan garam.
  • Sebenarnya cara yang paling elok adalah dengan membersihkan kawasan rumah dari semak samun dan barangan yang boleh menyebabkan ular bersembunyi,dan tahu tak yang ular sangat tidak menyukai bauan yang berbau wangi.




               "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
                                          ( As-Saaffaat 37:79 )

Bila ada ketumbit muncul mesti kawan-kawan akan gelak pastu cakap macam ni, "Haaaa! Ketumbit! Mesti kau kuat sekodeng kan..!" Betul ke sebab tu jadi ketumbit??

Bila ada ketumbit muncul mesti kawan-kawan akan gelak pastu cakap macam ni, "Haaaa! Ketumbit! Mesti kau kuat sekodeng kan..!" Malu pun ada bila kena ejek macam tu.. Tetapi betul ke ketumbit ni disebabkan kita sekodeng? Bila masa plak kita sekodeng? Dah la mata sakit,hati pun sakit! Apa kata kita ketahui apa itu ketumbit, bagaimana mengubatinya dan bagaimana mencegahnya..

sumber google



Apa itu ketumbit ?


Ketumbit itu adalah bengkakan pada kelopak mata sama ada di bahagian luar atau dalam kelopak mata atas atau bawah yang disebabkan oleh radang (Chalazion) atau jangkitan kuman (Sty).. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bahaya ke ketumbit tu,terutama kalau saiznya besar? Jawapannya adalah TIDAK. Ia tidak bahaya atau menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata..
Kadangkala seseorang itu boleh mendapat satu atau lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.

Komplikasi

Walau bagaimana pun,terdapat komplikasi. Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin akan mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.

Rawatan

Setiap penyakit pasti ada cara rawatannya yang tersendiri. Ketumbit yang lebih kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk, boleh dirawat di rumah sahaja hanya dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya.

Cara-cara melakukan tuaman


  • Ambil sehelai sapu tangan kecil Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup Lakukan selama 10 minit Ulang 2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih


Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan.Tetapi dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.

Pencegahan

Bab kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit.Individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit dari timbul.

Bagaimana cara mencegahnya ?


  • • ‘Warm compression’ (rawatan tuam panas)
  •  • Amalan kebersihan diri
  •  • Elakkan penggunaan kosmetik di bahagian mata atau berkongsi alat kosmetik
  •  • Cuci mata/mekap dengan bersih
  •  • Elakkan menggosok mata; memicit sebarang bengkakan pada kelopak mata
  •  • Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor serta ambil ubat seperti yang diarahkan


Semoga perkongsian ini berguna.. Jadi tidak ada rasanya istilah "ketumbit timbul sebab sekodeng...."

Tuesday, 19 April 2016

Tahukah kita apa erti seorang ibu.. Tahukah kita apa erti tanpa ibu..

Hari ini kita nak membahas tentang seorang perempuan yang begitu banyak panggilan tetapi hanya mempunyai satu tugas.. ibu/emak/ummi/mama/mummy...

Ibu..


Mungkin ramai yang mengambil mudah tugas seorang ibu.. Tahu kah kamu seorang ibu mempunyai seribu satu kerja dan semua kerja itu hanya untuk melihat orang-orang yang dia sayang bahagia. Semestinya kamu yang sedang membaca ini adalah seorang anak.. Pernah tak kamu bertanya pada ibu kamu,
     "Adakah ibu bahagia..?"

google


Mesti jarang yang bertanyakan soalan ini ataupun mungkin tidak pernah.. Ketahuilah kehidupan seorang ibu hanyalah untuk melihat anaknya bahagia.. Apa salahnya kalau kita bertanyakan hal yang sama.. sebab sebagai seorang anak kita selalu lupa akan kepentingan seeorang ibu..

Sebenarnya ramai yang sedar betapa pentingnya ibu,tetapi sayang sekali kesedaran itu hanya hadir setelah seseorang itu kehilangan ibu buat selamanya..

Mugkin kita selalu lupakannya disaat hadir seseorang dalam hidup kita.. Pernah tak kita terfikir, adakah ibu kita pernah menggantikan kita dengan orang lain? tak pernahkan.. sebab dalam hidup seorang ibu hanya wujud anak-anaknya,anak-anak yang dikandung 9bulan,ank-anaknya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang,anak-anaknya yang ditatang ibarat minyak yang penuh.. hanya anak-anaknya adalah hidupnya..

google



Jadi hargailah seorang ibu selagi kita masih miliki seorang ibu.. kerana seorang ibu tidak akan bisa diganti, seorang ibu tidak akan wujud untuk ke dua kali..

Monday, 18 April 2016

khasiat PEGAGA,JERING dan DAUN KADUK

Hari ini mari kita sama-sama berkongsi kelebihan atau khasiat tiga jenis ulaman ini iaitu pegaga, jering dan daun kaduk. PEGAGA


sumber google
tahu tak macam mana pokok pegaga ni?kalau tak tahu boleh lihat gambar diatas.. cari kat mr google pun boleh..Daun pegaga ni bukan setakat boleh buat ulam je,tapi sekarang ni buat jus pun boleh. Mungkin sebabkan khasiatnya yang banyak jadi dah ramai yang berminat dengan pegaga ni.. Mari kita lihat apa kebaikan yang ada disebalik ulam pegaga ni..
~Ia dapat mengatasi penyakit kencing manis.
~mengatasi masalah sembelit dan angin,selain daripada itu ya juga melancarkan pembuwangan air besar dan menbantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
~ya juga baik untuk menghilangkan sakit kepala akibat migran.
~menguatkan lagi emunisasi bagi mencegah peyakit.
~juga baik bagi wanita yang menopous dan osteoporisis

JERING


sumber google
Siapa kat sini yang tak tahu apa itu jering boleh lihat gambar ye.Jering ni kalau siapa yang tahu bau dia memang tahap gaban bau nya! apa lagi bila membuang air kecil,dia punya kesan tu memang tahap power bau.. Ok mari kita lihat apa kebaikkan yang ada disebalik jering ni.. ~Hasil penelitian menunjukkan bahwa jering juga kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin. ~Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. ~Berdasarkan penelitian Soemitro (1987), senyawa aktif dalam kulit halus buah cenderung menunjukkan efek penurunan kadar gula darah yang besar sehingga baik untuk penderita diabetes. lepas ni boleh makan banyak-banyak la jering. Bau tolak tepi yang penting khasiat... DAUN KADUK


sumber google
Daun kaduk ni kalau nak tahu rupanya seperti daun sireh. Zaman dahulu orang banyak menggunakan daun kaduk dalam masakkan. Dalam bidang perubatan melayu tradisional kaduk mempunyai banyak khasiat dalam mengubati beberapa masalah penyakit di antaranya.. ~mengubati sembelit ~sakit gigi ~demam malaria ~cacing ~lemah badan ~lenguh tulang ~batuk ~panau Cara penggunaan daun kaduk ni ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut, kemudian air rebusan tadi di minum kepada mereka yang mengalami masalah/penyakit seperti disebutkan diatas.Ini merupakan cara tradisional.. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak berguna kepada kawan-kawan semua.. semua penyakit pasti ada ubatnya.. kita berusaha tapi tuhan yang menentukan..

Sunday, 17 April 2016

PETUA bagaimana nak mengatasi masalah RAMBUT GUGUR

Hari ini ada lagi petua yang nak dikongsikan, rajin betulkan cik pena ni membaca dan mencari bahan kan.hehehe..
Hari ini kita nak bercerita tentang masalah rambut gugur.Mesti ramai yang ada masalah macam ni kan. kalau dibiarkan lama-lama bimbang jadi botak je.
jom kita try petua-petua yang ada ni,mana tahu sesuai dan menjadi..

                                                               (google)

  • kulit buah tembikai


 Jika anda suka makan buah tembikai, jangan dibuang kulitnya kerana kita akan menggunakan kulit tembikai tersebut. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Anda boleh membalut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.


  •  Lobak Merah


Lobak merah diparut halus terlebih dahulu. Kemudian, dicampurkan dengan minyak kelapa dan sapu hingga rata pada bahagian rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.


  •  Santan Kelapa


Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan tersebut sehingga mengeluarkan minyak. Biarkan sehingga sejuk.Ingat jangan letak masa panas,harus disejukkan dahulu. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, barulah rambut dibilas sehingga bersih.


  • Daun bunga raya dan daun lidah buaya


Ambil dalam segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh hingga bersih dan tumbuk/kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Inshaallah rambut anda akan bertambah kuat dan berwarna hitam semulajadi.


  • Limau Nipis dan Putih Telur


Ini adalah cara yang paling mudah dan senang di amalkan..Perahkan dua biji limau nipis. Campurkan dengan sebiji putih telur. Kemudian ratakan diseluruh bahagian rambut. Biarkan sebentar selama dua jam. Kemudian, baru cuci hingga bersih.


Okey..Lepas ni harap-harap tak botak la kepala kita kan..haha.. selamat mencuba..

semoga kita terhindar dari perbuatan yang KHURAFAT dan menjauhi sifat MUNAFIK

Assalamualaikum kawan-kawan semua..
Hari ini ada sedikit perkongsian yang cik pena ingin kongsikan. Melalui pembacaan ingin cik pena kongsikan tentang maksud khurafat dan bagaimana ciri-ciri orang yang munafik.Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih memahami, dan agar kita sama-sama dapat menjauhi nya..
Inshaallah..

KHURAFAT

Khurafat ialah menghubungkan sesuatu peristiwa yang terjadi dengan sesuatu perkara yang menutupi akal. Sedangkan secara istilahnya, khurafat adalah sesuatu kepercayaan, keyakinan, pandangan dan ajaran yang sesungguhnya tidak memiliki dasar dari agama akan tetapi diyakini hal tersebut berasal dan memiliki dasar dari agama. Dengan demikian, bagi umat islam ajaran atau pandangan, kepercayaan dan keyakinan apa saja yang dipastikan ketidakbenarannya atau yang memang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi,dimasukkan dalam kategori khurafat..


MUNAFIK

Munafik dikategorikan sebagai orang yang berpura-pura melahirkan keimanan terhadap Allah S.W.T sedangkan hatinya tetap kufur. Munafik juga merujuk kepada orang yang berbuat atau bersifat nifaq. Menurut Al-Quran orang yang munafik mengaku beriman, mengakui adanya Allah S.W.T dan menerima bahawa Nabi Muhammad itu utusanNya. Namun hatinya tidak ikhlas dan timbul keraguan-keraguan dan lebih keras lagi dalam diam-diam dia menolak pengakuan itu. Beza antara orang munafik dan kafir adalah golongan kafir jelas-jelas menolak islam, akan tetapi orang munafiksecara lisannya menerima islam dan menyatakan dia beriman,tetapi dihati ingkar dan menolak ajaran Rasulullah S.A.W

Semoga kita semua dijauhi dari sifat-sifat yang dimurkai Allah S.W.T..

Saturday, 16 April 2016

Petua Menghilangkan Jerawat

Hai semua..
Kita bertemu lagi.haha!
Siapa agaknya disini yang ada masalah dengan jerawat? memang sakit betul rasa hati kan..
Hari ini kita akan kongsikan macam mana nak menghilangkan jerawat..



1. Air Batu

Cara menghilangkan jerawat adalah dengan menggunakan ais batu. Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Di mana ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

2. Lemon

Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

3. Putih Telur

Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.

                                                                           (google)
                                                               

                                     SELAMAT MENCUBA!!

cara-cara membuat popcorn dirumah

hai kawan-kawan semua..
hari ini cik pena tengah rajin nak berkongsi dengan kawan-kawan resepi macam mana nak buat popcorn dirumah.
lepas ni boleh la kawan-kawan semua layan popcorn sambil tengok tv atau layan dvd..
untuk step yang pertama mari kita tengok bahan-bahan yang perlu,tak ada bahan-bahan tak jadi pulak resepi kita..haha!

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel 
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka la untuk banyak mana popcorn yang ada)
  • Tambah Coklat 
  • 60 – 80 gram coklat bar  (ikut suka la banyak mana popcorn yang ada)
bila sudah ada bahan-bahan,jom kita mula memasak

Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop”menari dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye – (kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Untuk Karamel  – Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan pop corn dan gaul sekata cepat-cepat. Hati-hati sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan.
  6. Untuk Coklat  – Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel.Jeng jeng! Dah jadi caramel pop corn bersalut coklat.

senang dan mudah sangat kan...

                                                              SELAMAT MENCUBA !!

KL:IK DI SINI