Makin hari cuaca di negara kita ni semakin panaskan. Kalau makan ice cream masa cuaca panas-panas ni memang pergggghh!! Nyaman nya dari anak tekak turun ke perut.
Jadi hari ni cik pena nak berkongsi cara-cara nak membuat Homemade IceCream. Bukan apa kalau buat sendiri lebih murah,dapat jimat banyak kos. Lagi pun terpulang pada kita nak buat banyak mana..
Disebabkan cik pena sangat-sangat sukakan ice cream oreo jadi kita berlajar membuat ice cream oreo ye. Tak sabar dah ni.. Jom kita membaca sambil membuat ice cream Oreo..
![]() |
image by googl//.,=- |
Bahan-bahan untuk membuat Homemade IceCream Oreo
- 1 tin susu cair
- 1 biji telur (kalau tak mahu letak telur pun boleh)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/4 susu pekat ( kalau suka manis boleh tambahkan ikut suka hati bahagia korang)
- 1 sudu besar ovalett (tak tahu apa benda ni,boleh tanya cik google )
- Satu paket kecil biskut oreo (kalau nak beli yang besar pun tak ada siapa nak marah)
Cara Untuk Menyediakan Homemade IceCream Oreo
- Campakkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer (kalau tak ada mixer guna blender je).
- Putar semua bahan anggaran dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).
- Tuang semua ke dalam bekas yang korang nak buat ice cream.Seeloknya guna bekas yang bertutup,kalau ada bekas ice cream yang lama lebih elok. Mata yang memandang pun cantik je..
- Kemudian masukkan biskut oreo yang dihancurkan terlebih dahulu (ikut suka nak hancurkan cara kasar atau cara halus). Gaulkan bagi rata biskut oreo bersama dengan bahan yang kita putar/blender tadi.
- Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras menjadi ice cream yang menarik dan sedap.
- Step yang terakhir sekali , makan je lah.. Tunggu apa lagi!
Selamat memcuba kawan-kawan semua.Kalau buat banyak lebih tu boleh la belanja cik pena ye. I LOVE ICE CREAM !!!
No comments:
Post a Comment