SILA KLIK DI SINI

Tuesday, 3 May 2016

RAHSIA memancing udang galah!! Apa yang anda perlukan..

Bila sebut je udang galah,mesti ramai yang membayangkannya udang yang besar dengan sepit birunya yang besar...perggghhh! kalau masak lomak cili api pun sodap ni! Tapi hari ini kita bukan nak berkongsi resepi ye.. 
Kalau nak memancing apa yang paling penting? joran dan ??? seomestinya umpan kan. Jadi hari ini cik pena nak kongsikan umpan-umpan yang sesuai untuk memancing udang galah..


google


UDANG GALAH

anak udang hidup
anak udang hidup ni jernih warnanya, merah matanya dan segar. senang je nak dapat, ramai dah orang jual khas untuk memancing udang galah.Kalau boleh bawak balik tu simpan elok-elok.Bukan apa takut emak buat rencah dalam nasi goreng pulak!

cacing
 Umpan lain juga boleh digunakan untuk memancing adalah seperti cacing..Untuk sesiapa yang nak jimat kos boleh la guna cacing,dah la tak kena gst percuma je pulak tu..Boleh la cari kat belakang rumah tu ye.. 

Umpun-umpun
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah umpun-umpun. Antara umpun-umpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah.. Umpan ini pun senang untuk didapati.Boleh beli di kedai-kedai yang menjual umpan untuk memancing..Jangan pergi kedai tayar,memang tak ada lah jawabnya..

Isi kerang & isi ikan
Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan sampingan untuk memperdayakan si udang galah..Sebenarnya tidak susah untuk mengumpan udang galah ni sebab ia memang lansung tidak cerewet.Tapi agak-agak lah kalau kertas pasir pun nak buat umpan.. 

Hati Ayam
 Selain itu, ada jugak yang menggunakan umpan hati ayam.Hati ayam yang dihiris kecil.Kalau nak senang guna umpan hati ayamlah kan.Mana tidaknya, korang beli je kat pasar,atau pun mintak je kat makcik sebelah rumah yang nak buang hati ayam tu..


Kalau umpan saja kadang-kadang tak mengcukupi. Kita kena lah juga ‘memanggil udang’..Bukan panggil woiii..woii..pulak! Marah nanti orang yang ada kat situ. Biasanya kelapa bakar yang dipecah-pecah kan digunakan untuk ‘memanggil udang’. Udang Galah mudah 'tertarik' dengan ‘memanggil’ dia dengan cara ni..


Apa pun selamat memcuba..Kalau agak-agak udang galah tu dapat dalam 20kg,boleh la hantar cik pena sekilo dua ye.. 

No comments:

Post a Comment

KL:IK DI SINI