SILA KLIK DI SINI

Sunday, 8 May 2016

GARA-GARA Berlanggar Dengan Seekor BURUNG HELANG, Sebuah PESAWAT TERHEMPAS & Mengorbankan 4 NYAWA !!!



ANCHORAGE, ALASKA: Sebuah pesawat kecil berlanggar dengan seekor burung helang sebelum ia terhempas dan terbakar, mengorbankan empat orang penumpang.
Insiden itu berlaku di bahagian utara Anchorage pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa semalam (4 Mei).
Ini merupakan pesawat penumpang yang pertama di negara itu yang terhempas sehingga menyebabkan kematian setelah berlanggar dengan seekor helang dari spesis ‘bald eagle’, menurut penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Shaun Williams.
Sebelum ini, terdapat insiden lain di mana pesawat terhempas setelah berlanggar dengan burung helang, namun ia hanya menyebabkan kecederaan serious, tambah Encik Williams.
Bangkai burung helang itu dijumpai di bahagian ekor pesawat tersebut, ujar Encik Williams.
Kebakaran yang tercetus selepas pesawat itu terhempas menjadikannya sukar untuk dipastikan, namun bukti menunjukkan bahawa burung helang itu berlanggar dengan ekor pesawat.
Jika benar, ia mungkin membuatkan pesawat tiba-tiba berubah hala atau pertembungan tersebut merosakkan bahagian ekor pesawat, sehingga menyebabkan masalah kawalan kepada juruterbang, menurut Encik Williams. Beliau menambah, NTSB sedang menyiasat.
Juruterbangnya dan juruterbang kedua, serta dua lagi penumpang, terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada 20 April berdekatan sebuah lapangan terbang kecil sekitar 32 kilometer ke utara Anchorage. Pada ketika itu mereka sedang menjalankan tinjauan udara bagi sebuah firma swasta.
Keempat-empat mereka ialah George Kobelnyk, 64 tahun (juruterbang); Christian Bohrer, 20 tahun (juruterbang kedua); dan dua penumpang, Sarah Glaves, 36 tahun dan Kyle Braun, 27 tahun.
Kebanyakan serpihan pesawat dijumpai di sebuah daerah yang terdapat banyak pokok dan kebakaran akibat terhempas menyebabkan sebahagian besar badan pesawat hancur.
Menurut laman Jabatan Perikanan dan Permainan Alaska, wilayah itu mempunyai jumlah burung helang, spesis ‘bald eagle’ yang paling banyak, yang hanya dijumpai di Amerika Utara. Iaitu sekitar 30,000 burung helang ‘bald eagle’.
- Agensi berita/nk

No comments:

Post a Comment

KL:IK DI SINI