Musim panas-panas ni binatang pun mencari perlindungan. Begitu juga dengan haiwan yang sangat berbisa ini "ular".. Di musim panas begini ular akan mencari tempat yang sejuk dan lembab untuk berlindung dari kepanasan yang terlampau. Jangan ingat kita je yang terasa dengan suhu yang meningkat ni. Jadi sedikit sebanyak mari kita berkongsi tentang makhluk yang bernama ULAR ini..
Cara Mengatasi keadaan jika ular memasuki Rumah
- Jangan panik.(mustahil rasanya kalau tak panik)
- Jangan melakukan pergerakan yang tiba-tiba yang boleh menyebabkan ular terkejut.Ular hanya menyerang jika merasa dirinya terancam.
- Cuba kenal pasti ular itu. Apakah itu jenis ular berbisa atau bukan. (sentiasa berwaspada)
- Hubungi pihak yang bertanggungjawab yang boleh mengatasi masalah ini.
Apa yang kita harus tahu tentang ular
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ertinya ia tidak memilih tempat yang tertentu untuk dijadikan tempat tinggal tetap dalam waktu yang lama.. Ia selalu berpindah ke tempat yang banyak makanan. Ini sangat penting. Ular sangat sukakan tempat yang banyak tikus dan katak.
Ular takut akan binatang yang bercakar seperti kucing dan anjing. . Untunglah kalau di rumah kamu ada si kucing atau anjing. Jadi ular tidak akan berani menghampiri kawasan rumah.
Cara menghindari ular dari memasuki rumah
- Tutup lubang-lubang atau bahagian yang boleh menyebabkan ular mudah memasuki ke dalam rumah.
- Pastikan rumah bebas dari kehadiran tikus dan katak, kerana kehadiran tikus dan katak di rumah menyebabkan si ular tertarik.
- Ada yang mengatakankan dengan menaburkan belerang dan garam boleh menjauhi ular dari kediaman kita. Sebenarnya itu tidak benar. Ular tidak takut akan belerang dan garam.
- Sebenarnya cara yang paling elok adalah dengan membersihkan kawasan rumah dari semak samun dan barangan yang boleh menyebabkan ular bersembunyi,dan tahu tak yang ular sangat tidak menyukai bauan yang berbau wangi.
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
( As-Saaffaat 37:79 )
No comments:
Post a Comment