Bila ada ketumbit muncul mesti kawan-kawan akan gelak pastu cakap macam ni,
"Haaaa! Ketumbit! Mesti kau kuat sekodeng kan..!"
Malu pun ada bila kena ejek macam tu.. Tetapi betul ke ketumbit ni disebabkan kita sekodeng? Bila masa plak kita sekodeng? Dah la mata sakit,hati pun sakit!
Apa kata kita ketahui apa itu ketumbit, bagaimana mengubatinya dan bagaimana mencegahnya..
![]() |
sumber google |
Apa itu ketumbit ?
Ketumbit itu adalah bengkakan pada kelopak mata sama ada di bahagian luar atau dalam kelopak mata atas atau bawah yang disebabkan oleh radang (Chalazion) atau jangkitan kuman (Sty).. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bahaya ke ketumbit tu,terutama kalau saiznya besar? Jawapannya adalah TIDAK. Ia tidak bahaya atau menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata..
Kadangkala seseorang itu boleh mendapat satu atau lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.
Komplikasi
Walau bagaimana pun,terdapat komplikasi. Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin akan mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
Rawatan
Setiap penyakit pasti ada cara rawatannya yang tersendiri. Ketumbit yang lebih kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk, boleh dirawat di rumah sahaja hanya dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya.
Cara-cara melakukan tuaman
- Ambil sehelai sapu tangan kecil Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup Lakukan selama 10 minit Ulang 2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih
Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan.Tetapi dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.
Pencegahan
Bab kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit.Individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit dari timbul.
Bagaimana cara mencegahnya ?
- • ‘Warm compression’ (rawatan tuam panas)
- • Amalan kebersihan diri
- • Elakkan penggunaan kosmetik di bahagian mata atau berkongsi alat kosmetik
- • Cuci mata/mekap dengan bersih
- • Elakkan menggosok mata; memicit sebarang bengkakan pada kelopak mata
- • Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor serta ambil ubat seperti yang diarahkan
Semoga perkongsian ini berguna.. Jadi tidak ada rasanya istilah "ketumbit timbul sebab sekodeng...."
No comments:
Post a Comment